Taboola Privacy & Terms Logo
  • Privacy Policy
  • Cookie Policy
  • Terms of Use
  • Terms of Service
  • Terms and Conditions
  • Vulnerability Disclosure Policy
EN Taboola.com
  • Kuki dan Cara Pengumpulan Data Automatik yang Lain
  • Apakah Maklumat Yang Kami Kumpulkan?
  • Apa Jenis Kuki Yang Kami Gunakan Dan Mengapa?
  • Cara Menguruskan Kuki
  • Perubahan dan Kemas Kini
  • Hubungi Kami

DASAR KUKI TABOOLA

Last Update: December 8th, 2024

Taboola, Inc. bersama-sama dengan Anggota Gabungannya (“Taboola”, “kami”) mengiktiraf kepentingan privasi anda. Dalam dasar kuki ini (“Dasar Kuki”), kami berhasrat untuk memaklumkan anda tentang penggunaan kuki, dan cara pengumpulan data automatik lain (1) di laman web kami www.taboola.com, dan mana-mana sifat digital Taboola lain yang memaparkan Dasar Kuki ini (secara kolektif, “Laman”) dan (2) melalui platform penemuan kandungan kami, suapan, widget, alat analisis, piksel, integrasi, dan aplikasi teknikal (“Perkhidmatan”), yang tertera di laman web dan sifat digital pelanggan penerbit serta pengiklan kami (secara kolektif, “Pelanggan”). Apabila kami merujuk kepada “kuki” dalam Dasar Kuki ini, kami memaksudkan kuki dan cara pengumpulan data automatik lain, seperti yang ditakrifkan di bawah. Kami meminta Pelanggan kami untuk mendapatkan persetujuan bagi pihak kami, jika diperlukan oleh undang-undang perlindungan data yang berkenaan, agar kami boleh menggunakan kuki dan cara pengumpulan data automatik lain pada sifat digital mereka.

Dasar Kuki ini tidak mengawal penggunaan Laman, malahan pemprosesan Maklumat (seperti yang ditakrifkan dalam Dasar Privasi kami) yang dikumpulkan di Laman. Sila baca Terma Penggunaan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang terma yang menetukan Laman. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami memproses Maklumat anda di Laman dan apabila anda menggunakan atau berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, sila rujuk Dasar Privasi kami. Sila rujuk laman web Pelanggan penerbit kami tempat kami meletakkan platform penemuan kandungan kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mereka boleh menggunakan kuki di laman web atau platform mereka dan memproses Maklumat anda yang mungkin telah dikumpulkan oleh mereka.

Selain itu, sila ambil perhatian bahawa barisan perniagaan Connexity dan Skimlinks kami mempunyai dasar kuki berasingan yang terpakai pada perkhidmatan mereka. Sila lawati laman web mereka untuk mendapatkan maklumat tentang amalan kuki mereka.


1. Kuki dan Cara Pengumpulan Data Automatik yang Lain

Bahagian ini menyediakan lebih lagi maklumat tentang kuki dan cara pengumpulan data automatik lain serta cara ia berfungsi.

Kuki

Taboola meletakkan kuki pada laman web Pelanggan kami dan harta digital serta menggunakan kuki ini seperti yang dinyatakan dalam dasar ini. Kuki ialah fail teks kecil yang diletakkan pada pelayar bagi pemacu keras komputer anda (atau peranti yang serupa) oleh laman web yang anda lawati. Kebanyakan laman web menggunakan kuki. Kuki biasanya digunakan untuk menjadikan laman web berfungsi, atau berfungsi dengan lebih cekap, serta untuk memberikan maklumat kepada pemilik laman web tertentu. Kuki menjadikan penggunaan Laman dan Perkhidmatan anda lebih menyeronokkan dan meningkatkan fungsi perkhidmatan yang kami sediakan untuk anda.  Taboola juga menggunakan kuki untuk menyesuaikan kandungan dan maklumat yang mungkin kami hantar atau paparkan kepada anda serta memperibadikan pengalaman anda semasa berinteraksi dengan Perkhidmatan kami. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang iklan berkaitan yang diberikan oleh Perkhidmatan, sila baca tentang Iklan Berdasarkan Minat kami.

Cara Automatik yang Lain

Pelanggan pengiklan kami boleh meletakkan tag piksel Taboola di laman web mereka. Tag piksel (juga dikenali sebagai piksel, bikon web atau GIF lutsinar) lazimnya merupakan imej grafik lutsinar yang diletakkan pada laman web. Tag piksel ini digunakan bersama-sama dengan kuki untuk mengukur tindakan pelawat ke laman web mereka.

Contohnya, kami mungkin menggunakan tag piksel untuk menjejak penukaran atau mencipta khalayak tersuai bagi Pelanggan pengiklan kami untuk disasarkan pada rangkaian kami (iaitu penyasaran semula). Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami mungkin mencipta khalayak tersuai bagi Pelanggan pengiklan kami untuk disasarkan pada rangkaian kami, sila baca tentang Iklan Berdasarkan Minat kami.

Kuki khusus yang kami dan rakan kongsi pihak ketiga kami gunakan di Laman dan ketika menyediakan Perkhidmatan kami seperti yang dinyatakan dalam bahagian 3 di bawah.

2. Apakah Maklumat Yang Kami Kumpulkan?

  • Kuki yang digunakan di Laman kami: Maklumat yang kami terima daripada rakan kongsi perniagaan kami yang dipercayai yang meletakkan kuki pihak ketiga pada Laman kami mungkin termasuk, contohnya, maklumat tentang sistem pengendalian anda, laman web yang diakses dalam Laman kami, pautan yang membawa anda ke Laman kami, tarikh dan masa anda mengakses Laman kami, dan maklumat peristiwa (cth. ranap sistem yang tidak teratur). Kami juga mungkin menggunakan pihak ketiga yang mengumpul Maklumat tentang Pelawat Laman melalui kuki mereka sendiri, bikon web, dan teknologi lain berkenaan aktiviti dalam talian anda, sama ada di Laman kami dan/atau laman web lain di seluruh Internet, dalam usaha untuk memahami minat anda dan menyampaikan kepada anda iklan yang disesuaikan dengan minat anda. Pihak ketiga ini mungkin termasuk rakan kongsi atribusi, rakan kongsi pengesanan penipuan, rakan kongsi analisis serta rakan kongsi produk dan kefungsian yang disenaraikan di sini. Untuk maklumat lanjut tentang cara kami mungkin menggunakan pihak ketiga untuk menyampaikan iklan kepada anda yang disesuaikan dengan minat anda, sila baca tentang Pengiklanan Dalam Talian Pihak Ketiga kami.
  • Kuki yang digunakan melalui Perkhidmatan kami: Maklumat yang kami kumpulkan melalui kuki mungkin termasuk, contohya, maklumat tentang sistem pengendalian anda, laman web yang diakses dalam laman web Pelanggan kami, laman web yang membawa anda ke laman web Pelanggan kami, tarikh dan kekerapan anda mengakses laman web atau platform Pelanggan kami, maklumat peristiwa (cth. ranap sistem yang tidak teratur), dan maklumat lokasi umum (iaitu bandar).

Sekiranya mana-mana maklumat yang disebutkan di atas, secara bersendirian atau digabungkan dengan maklumat lain, akan membentuk Data Peribadi atau Maklumat Peribadi di bawah undang-undang yang terpakai, Dasar Privasi kami akan digunakan untuk pemprosesan maklumat tersebut.

3. Apa Jenis Kuki Yang Kami Gunakan Dan Mengapa?

Definisi yang Berguna

  • Pengkategorian kuki — sebagai kuki ‘pihak pertama’ atau ‘pihak ketiga’ — bergantung pada pihak yang mengehos kuki tersebut dan tempat kuki itu diletakkan.
    • “Kuki pihak pertama” ditetapkan oleh laman web yang diakses oleh pelawat pada ketika itu (cth. kuki yang diletakkan oleh Taboola di www.taboola.com).
    • “Kuki pihak ketiga” ditetapkan oleh pihak yang bukan pemilik laman web tersebut.
  • “Sesi pelayar” bermula apabila pelawat membuka tetingkap pelayar Internet mereka dan sessi itu tamat apabila pelawat menutup tetingkap Sesi pelayar.
  • “Kuki sesi” membenarkan laman web memautkan tindakan pelawat untuk sementara waktu semasa sesi pelayar yang unik. Sebaik sahaja pelawat menutup pelayar, semua kuki sesi dipadamkan.
  • “Kuki berterusan” kekal pada peranti pelawat bagi tempoh yang ditetapkan dalam kuki itu.

Kuki Pihak Pertama yang Digunakan di Laman Taboola
Kami menggunakan maklumat yang dikumpul melalui kuki pihak pertama di Laman kami yang hanya berkaitan dengan Perkhidmatan kami. Kami menggunakan maklumat tersebut untuk mengingati maklumat anda agar anda tidak perlu memasukkannya semula semasa lawatan anda yang seterusnya , untuk memantau bilangan pelawat yang kami ada serta memahami cara mereka berinteraksi dengan halaman web yang berbeza di Laman kami, dan untuk menambah baik dan mengurus Laman kami. Bagi tujuan ini, Taboola boleh menggunakan kategori kuki yang berikut:

  • Kuki yang Sangat Diperlukan — Kuki ini digunakan untuk tujuan tunggal (i) melaksanakan komunikasi melalui rangkaian elektronik, atau (ii) menyediakan perkhidmatan yang anda betul-betul minta.
  • Kuki Kefungsian — Kuki ini membenarkan Laman mengingati pilihan yang anda atau peranti anda nyatakan (seperti nama pengguna, bahasa atau wilayah anda) dan untuk menyediakan pengalaman web yang dipertingkatkan.
  • Kuki Prestasi (Analisis) — Kuki ini mengumpul maklumat tentang cara pelawat menggunakan Laman, seperti halaman yang paling kerap mereka lawati dan sama ada mereka menghadapi sebarang mesej ralat Kuki jenis ini digunakan untuk menambah baik prestasi Laman atau menyediakan pelaporan analitik.
  • Kuki Pengiklanan (Penyasaran) – Kuki ini digunakan untuk menyampaikan iklan yang sangat berkaitan dengan anda, berdasarkan minat anda, dan untuk tujuan penyasaran semula.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kuki individu yang digunakan di Laman kami, dan tujuan khusus kuki ini digunakan, melalui gambaran keseluruhan di bawah:

Kategori Kuki Nama Kuki Tujuan
Kuki yang Sangat Diperlukan siteCountry Mengekalkan rekod negara pengguna bagi prestasi kelajuan laman.
siteCountryCode Mengekalkan rekod kod negara pengguna bagi prestasi kelajuan laman.
siteState Mengekalkan rekod pengguna AS bagi tujuan pematuhan undang-undang.
siteLanguage Mengekalkan rekod kod bahasa semasa pengguna bagi prestasi kelajuan laman.
has_js Mengekalkan rekod keupayaan pelayar untuk menjalankan JavaScript bagi prestasi laman.
siteCookiesConfirmation Menyediakan bendera pengesahan mesej kuki.
DNS Mengekalkan rekod arahan bagi pengguna California supaya tidak menjual atau mendedahkan data peribadi mereka kepada pembekal bukan perkhidmatan.
DNT Mengekalkan rekod arahan pengguna supaya tidak menggunakan data peribadi mereka.
tbp-consent Mengekalkan rekod pengumpulan keizinan kuki pengguna.
Kefungsian mysite_referrer Mengekalkan maklumat rujukan pada mana-mana borang yang dihantar melalui laman kami.
ta_user Menunjukkan jika pengguna telah melog masuk ke Iklan Taboola pada masa yang lepas
Kuki Prestasi (Analisis) ufcStatus Memperincikan jika dan apabila pengguna terdedah kepada aktiviti pemasaran tertentu
ufcStatusSetSession Memperincikan jika dan apabila pengguna terdedah kepada aktiviti pemasaran tertentu
initialTrafficSource Menyimpan sumber trafik pertama yang pada awalnya membawa pengguna ke tapak web Taboola
utmzzses Menyimpan sumber trafik pertama yang pada awalnya membawa pengguna ke laman web Taboola
lastTrafficSource Menyimpan sumber trafik terakhir yang membawa pengguna ke laman web Taboola
GA_Count_Countries__c Mengira bilangan negara berbeza yang digunakan oleh pengguna tertentu untuk melayari laman
GA_Last_Browser__c Menyimpan nama pelayar pengguna
GA_Last_Device_Category__c Menyimpan jenis peranti pengguna (Mudah Alih/Komputer Meja)
GA_Last_Operating_System__c Menyimpan sistem pengendalian pengguna
GA_Number_of_Events_Form_Engagement__c Mengira bilangan bentuk interaksi
GA_Number_of_events_Website_Buttons__c Mengira bilangan butang diklik
GA_Number_of_Events_Youtube_Embedded__c Mengira bilangan interaksi YouTube yang terbenam
GA_Number_of_Pages__c Mengira bilangan paparan halaman
GA_Number_of_Sessions__c Mengira bilangan sesi
previewsSiteCountryCode Menyimpan kod negara pratonton pengguna dalam keadaan di mana terdapat lawatan dari berbilang negara bagi pengguna yang sama
GA_Last_Click_Medium__c Menyimpan medium trafik terakhir pengguna
GA_Last_Click_Source__c Menyimpan sumber trafik terakhir pengguna
Kuki Pengiklanan (Penyasaran) _uetsid Ini adalah kuki yang ditetapkan oleh Microsoft Bing Ads dan digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna yang pernah melawat laman web kami sebelum ini.
_fbp Ini adalah kuki yang ditetapkan oleh Facebook dan digunakan untuk menyampaikan satu siri produk pengiklanan seperti pembidaan masa nyata daripada pengiklan pihak ketiga.
_uetvid Ini adalah kuki yang ditetapkan oleh Microsoft Bing Ads dan digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna yang pernah melawat laman web kami sebelum ini.

Kuki Pihak Ketiga di Laman Taboola
Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui kuki pihak ketiga di Laman kami untuk mengingati maklumat anda agar anda tidak perlu memasukkannya semula pada lawatan anda yang seterusnya, untuk memantau bilangan pelawat yang kami ada serta memahami bagaimana mereka berinteraksi dengan halaman web yang berbeza di Laman kami, dan untuk menambah baik serta mengurus Laman kami. Kami mungkin menggunakan pihak ketiga untuk menjejaki atau menganalisis aktiviti anda di Laman bagi tujuan ini, atau untuk menyampaikan kepada anda iklan yang disesuaikan tentang Perkhidmatan Taboola. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cara pihak ketiga ini boleh mengumpul maklumat tentang anda dan menyampaikan kepada anda iklan yang disesuaikan dengan minat anda, sila baca tentang Pengiklanan Dalam Talian Pihak Ketiga kami.
Bagi tujuan ini, pembekal perkhidmatan kami boleh menggunakan kategori kuki berikut di Laman kami:

  • Kuki yang Sangat Diperlukan — Kuki ini digunakan untuk tujuan tunggal (i) melaksanakan komunikasi melalui rangkaian elektronik, atau (ii) menyediakan perkhidmatan yang anda betul-betul minta.
  • Kuki Prestasi (Analisis) — Kuki ini mengumpul maklumat tentang cara pelawat menggunakan Laman ini, seperti halaman yang paling kerap mereka lawati dan sama ada mereka menghadapi sebarang mesej ralat. Kuki jenis ini digunakan untuk meningkatkan prestasi Laman dan menyediakan pelaporan analisis.
  • Kuki Pengiklanan (Penyasaran) — Kuki ini digunakan untuk menghantar iklan yang sangat berkaitan dengan anda, berdasarkan minat anda, dan untuk penyasaran semula.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kuki pihak ketiga yang digunakan di Laman kami, dan tujuan khusus kuki ini digunakan, melalui gambaran keseluruhan di bawah:

Kategori Kuki Nama Pihak Ketiga Nama Kuki Tujuan
Kuki yang Sangat Diperlukan Google Tag Manager _dc_gtm_UA-10009552-10 Dikaitkan dengan laman yang menggunakan Google Tag Manager untuk memuatkan skrip dan kod lain ke halaman.
HotJar _ hjMinimizedPolls Ditetapkan sebaik sahaja pelawat meminimumkan widget Tinjauan Maklum Balas. Ia digunakan untuk memastikan bahawa widget kekal diminimumkan apabila pelawat melayari laman anda
Sesi WordPress SESSXXXXXXX Menyimpan ID sesi laman WordPress
Cloudflare _ cfduid Kuki sesi pengguna bagi tujuan keselamatan Cloudflare
Kuki Prestasi (Analisis) Google Analytics _ga Membezakan pengguna unik dengan memberikan nombor yang dijana secara rawak sebagai pengecam pelanggan. Ia disertakan dalam setiap permintaan halaman dalam laman dan digunakan untuk mengira data pelawat, sesi serta kempen untuk laporan analisis Laman.
Google Universal Analytics _gat Kuki ini digunakan untuk memperlahankan kadar permintaan – mengehadkan pengumpulan data pada laman yang mempunyai trafik yang tinggi.
Marketo _ mkto_trk Kuki penjejakan ini membolehkan laman web memautkan tingkah laku pelawat kepada penerima kempen pemasaran e-mel, untuk mengukur keberkesanan kempen.
HotJar _ hjIncludedInSample Kuki sesi ini ditetapkan untuk memaklumkan kepada Hotjar sama ada pelawat tertentu dimasukkan ke dalam sampel yang digunakan untuk menjana corong jualan.
Twitter personalization_id Ini adalah kuki yang ditetapkan oleh Twitter. Ia membolehkan pelawat berkongsi kandungan dari laman web pada profil Twitternya.
Quora mb Kuki ini digunakan oleh integrasi Quora
Kuki Kefungsian ID Sesi Laman Laravel laravel_session Kuki ini mengenal pasti contoh sesi bagi pengguna
Cloudflare __ cf_bm Ini adalah kuki yang ditetapkan oleh Cloudflare untuk mengenal pasti peranti pengguna akhir yang mengakses laman pelanggan yang dilindungi oleh Bot Management atau Bot Fight Mod.
Kuki Pengiklanan (Penyasaran) DoubleClick (Google) _ar_v4 Kuki ini dikaitkan dengan perkhidmatan pengiklanan DoubleClick daripada Google. Membantu dengan menjejaki kadar penukaran bagi iklan.
Microsoft Bing Ads _ uetvid Ini ialah kuki yang ditetapkan oleh Microsoft Bing Ads dan digunakan untuk berinteraksi dengan pengguna yang pernah melawat laman web kami sebelum ini.
LinkedIn UserMatchHistory Kuki ini digunakan oleh LinkedIn untuk menjejaki pelawat di berbilang laman web, untuk menyampaikan iklan yang berkaitan berdasarkan pilihan pelawat.
Google IDE Kuki ini digunakan untuk memaparkan iklan Google di laman bukan Google
Twitter muc_ads Ini adalah kuki yang ditetapkan oleh Twitter. Ia digunakan untuk mengoptimumkan perkaitan iklan dengan mengumpul data layaran pelawat.
Google NID Ini adalah kuki yang ditetapkan oleh Google untuk memaparkan iklan Google dalam perkhidmatan Google bagi pengguna yang telah melog keluar.

Kuki Pihak Pertama yang Digunakan dalam Perkhidmatan Taboola di Laman Web Pelanggan Kami

Kami menggunakan maklumat yang dikumpulkan melalui kuki di laman web Pelanggan kami untuk menjadikan Perkhidmatan ini lebih menyeronokkan, untuk menambah baik fungsi Perkhidmatan serta untuk menyesuaikan kandungan yang kami paparkan kepada anda. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang iklan berkaitan yang disampaikan oleh Perkhidmatan, sila baca tentang Iklan Berdasarkan Minat kami.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kuki pihak pertama individu yang digunakan untuk Perkhidmatan kami, dan tujuan khusus kuki ini digunakan, melalui gambaran keseluruhan di bawah:

Penerbit Taboola
Kategori Kuki Nama Kuki Tujuan Domain Tamat Tempoh
Kuki yang Sangat Diperlukan DNS Menyimpan rekod arahan pengguna untuk tidak menjual atau berkongsi data peribadi mereka apabila pengguna menggunakan hak tersebut melalui portal DNSS Taboola. taboola.com 5 tahun
DNT Menyimpan rekod arahan pengguna untuk tidak menggunakan data peribadi mereka apabila pengguna menggunakan hak tersebut melalui portal DSAR Taboola. taboola.com 5 tahun
 

Kuki Kefungsian

taboola_session_id Mencipta ID sesi sementara untuk mengelakkan paparan cadangan yang berulang pada halaman. trc.taboola.com Tamat selepas sesi pengguna berakhir
receive-cookie-deprecation Petunjuk penghapusan kuki pelayar. taboola.com 1 tahun
trc_cache Menyimpan data cadangan bagi setiap page_url untuk penerbit, bagi mengurangkan beban pelayan dan membolehkan paparan yang cepat. taboola.com Tamat selepas sesi pengguna berakhir
trc_cache_by_placement Menyimpan pemetaan setiap halaman dan jenis nama penempatan (widget) dalam storan (trc_cache). taboola.com Tamat selepas sesi pengguna berakhir
taboola_select Menyimpan rekod sama ada pengguna telah melakukan tindakan dalam ciri penyingkiran iklan “Pilih Taboola”. taboola.com 1 tahun
Kuki Prestasi (Analisis) taboola_fp_td_user_id Menunjukkan bahawa pengguna telah mengklik pada item yang disyorkan oleh Perkhidmatan Taboola dan digunakan untuk tujuan pelaporan dan analisis. taboola.com 1 tahun
trc_cookie_storage Menetapkan ID Pengguna unik yang digunakan untuk tujuan atribusi dan pelaporan. Domain Penerbit 1 tahun
abLdr Menyokong penambahbaikan teknikal dan prestasi rutin untuk Perkhidmatan berasaskan pelayar Taboola. taboola.com 3 jam
abMbl Menyokong penambahbaikan teknikal dan prestasi rutin untuk Perkhidmatan SDK mudah alih Taboola. taboola.com 3 jam
Kuki Pengiklanan (Penyasaran) t_gid Memberikan ID Pengguna yang unik yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu berdasarkan interaksi dengan pengiklan atau penerbit. taboola.com 1 tahun
t_pid Memberikan ID Pengguna yang unik dan terbahagi yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu berdasarkan interaksi dengan pengiklan atau penerbit. taboola.com 1 tahun
t_pt_gid Memberikan ID Pengguna yang unik dan terbahagi yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu berdasarkan interaksi dengan pengiklan atau penerbit. Domain Penerbit 1 tahun
Storan Tempatan Storan Tempatan:

taboola global:last-external

Digunakan untuk tujuan atribusi bagi mengenal pasti laman web rujukan (iaitu laman web yang pengguna kunjungi sebelum tiba di laman web semasa). Domain Penerbit Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).
Storan Tempatan:

global:last-external-referrer

Digunakan untuk tujuan atribusi bagi mengenal pasti laman web rujukan (iaitu laman web yang pengguna kunjungi sebelum tiba di laman web semasa). Domain Penerbit Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).
Storan Tempatan:

taboola global:user-id

Memberikan ID Pengguna yang unik dan terbahagi yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu (dalam storan tempatan) Domain Penerbit Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).
Storan Tempatan:

_taboolaStorageDetection

Penunjuk untuk melihat jika pelayar menyokong storan tempatan yang diperlukan untuk fungsi laman web. Tiada data yang disimpan di sini dan ia akan dipadamkan serta-merta. Domain Penerbit Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).
Storan Tempatan: taboolasmartSwap Digunakan untuk menyimpan cadangan artikel terkini yang telah dilihat oleh pengguna dalam sesi yang lalu Domain Penerbit Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).

 

Penerbit Taboola
Kategori Kuki Nama Kuki Tujuan Domain Tamat Tempoh
Kuki Kefungsian _tb_sess_r Digunakan pada laman web Pelanggan penerbit kami yang menggunakan perkhidmatan Ruang Berita Taboola. Ia menyimpan rujukan sesi mengenai lawatan pengguna ke laman web tertentu ini. Penerbit Domain 30 minit
_tb_t_ppg Digunakan pada laman web Pelanggan penerbit kami yang menggunakan perkhidmatan Ruang Berita Taboola. Kuki ini digunakan untuk tujuan atribusi bagi mengenal pasti laman web rujukan (iaitu laman web yang pengguna kunjungi sebelum tiba di laman web semasa). Penerbit Domain 30 minit
Kuki Prestasi (Analisis) tb_click_param Digunakan pada laman web Pelanggan penerbit kami yang menggunakan perkhidmatan Ruang Berita Taboola. Ia mengukur prestasi artikel halaman utama penerbit yang diklik. Penerbit Domain 50 saat

 

Pengiklan Taboola (Piksel)
Pelaksanaan Pengkategorian Kuki Nama Kuki Tujuan Domain Tamat Teempoh
Pelaksanaan Javascript Penuh Kuki Kefungsian taboola_session_id Mencipta ID sesi sementara untuk mengelakkan paparan cadangan yang berulang pada halaman. trc.taboola.com Tamat selepas sesi pengguna berakhir
receive-cookie-deprecation Petunjuk penghapusan kuki pelayar. taboola.com 1 tahun
Kuki Penyasaran (Pengiklanan) t_gid Memberikan ID Pengguna yang unik yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu berdasarkan interaksi dengan pengiklan atau penerbit. taboola.com 1 tahun
t_pt_gid Memberikan ID Pengguna yang unik dan terbahagi yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu berdasarkan interaksi dengan pengiklan atau penerbit. Domain Pengiklan 1 tahun
Storan Tempatan taboola global:last-external-referrer Digunakan untuk tujuan atribusi bagi mengenal pasti laman web rujukan (iaitu laman web yang pengguna kunjungi sebelum tiba di laman web semasa). Domain Pengiklan Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).
taboola global:local-storage-keys Petunjuk tentang entri storan tempatan yang ditulis oleh Taboola. Domain Pengiklan Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).
taboola global:user-id Memberikan ID Pengguna yang unik dan terbahagi yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu berdasarkan interaksi dengan pengiklan atau penerbit. Domain Pengiklan Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).
taboola global:tblci Menyimpan id klik Taboola yang terakhir. Domain Pengiklan Storan Tempatan (dipadam apabila pengguna memadamkannya).
Pelaksanaan piksel imej Kuki Kefungsian receive-cookie-deprecation Petunjuk penghapusan kuki pelayar. taboola.com 1 tahun
Advertising (Targeting) Cookie  t_gid Memberikan ID Pengguna yang unik yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu berdasarkan interaksi dengan pengiklan atau penerbit. taboola.com 1 tahun
t_pt_gid Memberikan ID Pengguna yang unik dan terbahagi yang digunakan oleh Taboola untuk tujuan atribusi dan pelaporan, serta menyesuaikan cadangan kepada pengguna tertentu berdasarkan interaksi dengan pengiklan atau penerbit. Domain Pengiklan 1 tahun

 

4. Cara Menguruskan Kuki

Kuki yang digunakan di Laman kami: Sekiranya anda tidak ingin rakan kongsi perniagaan kami yang dipercayai meletakkan kuki pada peranti anda semasa melayari Laman kami, anda boleh melaraskan tetapan pelayar anda untuk mengurus atau menolak kuki, atau untuk memaklumkan kepada anda apabila kuki diletakkan dalam Perisian pelayar Internet anda. Tetapan ini biasanya terdapat dalam menu ‘Pilihan’ atau ‘Keutamaan’ pelayar Internet anda. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menukar tetapan pelayar anda, klik pada bahagian ‘Bantuan’ pelayar Internet anda. Pelayar Internet moden juga membolehkan anda melihat kuki yang sedang disimpan pada peranti anda dan memadamkannya mengikut pilihan kehendak anda.

Kuki yang digunakan melalui Perkhidmatan kami: Sekiranya anda tidak ingin Taboola meletakkan kuki pada peranti anda apabila anda berinteraksi atau menggunakan Perkhidmatan kami untuk menyesuaikan kandungan dan maklumat yang mungkin kami hantar atau paparkan kepada anda dan sebaliknya memperibadikan pengalaman anda semasa berinteraksi dengan Perkhidmatan kami, anda boleh sama ada melaraskan tetapan pelayar anda (seperti yang dijelaskan di atas), atau klik pautan Pilih Keluar dalam Dasar Privasi kami. Dengan memilih untuk keluar anda memberikan kami kebenaran untuk mengosongkan semua kuki yang kami simpan sebelum ini berkenaan akaun anda dan untuk menetapkan kuki baharu yang memberitahu kami bahawa kami tidak sepatutnya menjejaki anda lagi. Jika anda mengosongkan semua kuki daripada pelayar anda selepas anda memilih untuk keluar, anda juga akan mengosongkan kuki yang memaklumkan kepada kami bahawa anda telah memilih untuk keluar, jadi anda perlu mendaftar semula dalam pilihan untuk keluar kami. Memilih untuk keluar hanya bermaksud kami tidak akan lagi menyampaikan kandungan dan iklan yang disasarkan kepada anda; ini tidak bermaksud anda tidak akan lagi melihat Perkhidmatan atau iklan kontekstual kami.

5. Perubahan dan Kemas Kini

Kami mungkin mengemas kini Dasar Kuki ini dari semasa ke semasa. Kami menggalakkan anda untuk melakukan semakan secara berkala Dasar Kuki ini untuk sentiasa dimaklumkan tentang penggunaan kuki kami, maklumat yang kami kumpulkan melalui kuki, dan sebarang kemas kini yang berkaitan dengannya.

Kami akan menyiarkan sebarang perubahan pada Dasar Kuki ini di Laman kami. Sekiranya kami membuat sebarang perubahan pada Dasar Kuki ini yang memberi kesan ketara kepada cara kami menggunakan kuki, kami akan berusaha untuk memberikan anda notis terlebih dahulu mengenai perubahan tersebut dengan menyerlahkan perubahan itu pada Laman kami.

Penggunaan yang berterusan Laman dan Perkhidmatan oleh anda merupakan persetujuan anda kepada Dasar Kuki ini dan sebarang kemas kini.

6. Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai soalan tentang Dasar Kuki ini, sila hubungi kami di:

Taboola, Inc.
16 Madison Square West 

7th Floor 

New York, New York 10010

Tel: 212.206.7663

E-mel: support@taboola.com

  • Privacy Policy
  • Cookie Policy
  • Terms and Conditions
  • Modern Slavery Act
  • Israel Equal Pay Report
  • UK Tax Strategy
  • Taboola Blog