TERMA PERKHIDMATAN KARUSEL KERTAS DINDING DAN WIDGET SKRIN UTAMA OLEH TABOOLA NEWS
Last Update:SILA BACA TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN BERIKUT (“TOS”) SEBELUM MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat berikut, jangan memuat turun, memasang atau menggunakan perisian ini. Dengan memuat turun, memasang atau menggunakan perisian ini atau mana-mana bahagian daripadanya, anda menandakan PENERIMAAN ANDA TERHADAP TOS TANPA HAD, PERJANJIAN TIMBANG TARA DAN PENEPIAN TINDAKAN SATU PIHAK DALAM PERENGGAN 15 DI BAWAH.
TOS ini menetapkan terma dan syarat undang-undang yang mengawal penggunaan “Karusel Kertas Dinding” dan/atau “Widget Skrin Utama” (“Apl” atau “Perkhidmatan”) yang dikendalikan dan disediakan oleh Taboola (“Taboola,” “kami,”).
- Persetujuan Pengguna terhadap TOS
Anda menyatakan bahawa anda telah membaca dan bersetuju untuk terikat dengan TOS ini. Anda menandakan penerimaan anda kepada TOS tersebut dengan melakukan salah satu daripada yang berikut:
- Mengakses, memuat turun, memautkan ke atau menggunakan Perkhidmatan
- Mengklik untuk “Terima” TOS tersebut
Taboola berhak untuk meminda, mengeluarkan atau menambah TOS pada bila-bila masa. Pengubahsuaian sedemikian akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja hantaran dimuat naik. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak TOS sebelum anda menggunakan Perkhidmatan ini, dan oleh kerana penggunaan berterusan Perkhidmatan oleh anda selepas sebarang perubahan sedemikian membentuk persetujuan anda terhadap perubahan tersebut. Akses anda, pautan ke, atau penggunaan laman, atau mana-mana Perkhidmatan atau Apl, selepas hantaran pengubahsuaian pada TOS akan membentuk PENERIMAAN ANDA TERHADAP TOS, seperti yang diubah suai. Jika, pada bila-bila masa, anda tidak ingin menerima TOS, anda tidak boleh mengakses, memautkan ke, atau menggunakan laman atau Apl. Mana-mana terma dan syarat yang dicadangkan oleh anda yang merupakan tambahan kepada atau yang bercanggah dengan TOS yang ditolak secara nyata oleh Taboola dan tidak akan berkuat kuasa atau berkesan.
- Kuasa Anda untuk Bersetuju dengan TOS ini
Anda menyatakan, menjamin dan berjanji bahawa anda telah mencapai umur dewasa di bidang kuasa tempat anda tinggal (di kebanyakan negeri AS, iaitu berumur 18 tahun) atau berumur lebih 13 tahun dan mempunyai kebenaran yang sah daripada ibu bapa atau penjaga sah anda untuk menggunakan Perkhidmatan serta terikat dengan TOS. Jika anda merupakan ibu bapa atau penjaga sah kanak-kanak bawah umur yang mencipta akaun, anda menerima TOS bagi pihak kanak-kanak tersebut dan bertanggungjawab bersama-sama dengan kanak-kanak di bawah umur tersebut nagi semua penggunaan Perkhidmatan dan pematuhan kepada TOS.
- Harta Intelek dan Hak yang Berkaitan
Perkhidmatan ini, termasuk laman dan Apl serta semua kandungan yang terkandung di dalamnya, atau mungkin pada masa hadapan mengandungi, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, kandungan, gambar, video, audio dan grafik, barangan, reka bentuk, maklumat, aplikasi, perisian, muzik, fail audio, artikel, direktori, panduan, gambar serta tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagang, kemasan dagangan, hak cipta, logo, nama domain, kod, paten dan/atau sebarang bentuk harta intelek lain yang berkaitan dengan laman sesawang ini, dimiliki oleh atau dilesenkan oleh Taboola atau pihak ketiga yang lain dan dilindungi daripada mana-mana penggunaan, penyalinan dan penyebaran yang tidak dibenarkan oleh hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, perjanjian antarabangsa, dan/atau hak proprietari lain serta undang-undang AS dan negara lain. Perkhidmatan ini juga dilindungi sebagai karya kolektif atau kompilasi di bawah hak cipta AS serta undang-undang dan perjanjian lain. Semua artikel individu, ruang dan elemen lain yang membentuk Perkhidmatan ini juga merupakan karya berhak cipta. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang hak cipta dan undang-undang lain yang berkenaan, serta mana-mana notis atau sekatan hak cipta tambahan yang terkandung dalam Perkhidmatan ini. Anda mengakui bahawa Perkhidmatan ini telah dibangunkan, disusun, disediakan, disemak, dipilih dan diatur oleh Taboola, syarikat induk dan anggota gabungannya (secara kolektif “Syarikat Kumpulan Taboola”) dan lain-lain (termasuk sumber maklumat lain yang tertentu) melalui penggunaan kaedah dan piawaian pertimbangan yang dibangunkan dan digunakan melalui penggunaan masa, usaha, dan wang yang cukup besar serta membentuk harta intelek yang berharga bagi Syarikat Kumpulan Taboola dan lain-lain. Anda bersetuju untuk memaklumkan kepada Taboola secara bertulis dengan segera setelah mengetahui mana-mana akses atau penggunaan Perkhidmatan yang tidak dibenarkan oleh mana-mana individu atau entiti atau sebarang tuntutan bahawa Perkhidmatan ini melanggar mana-mana hak cipta, tanda dagangan, atau hak kontrak, berkanun atau common law yang lain. Semua hak semasa dan masa akan datang yang berkaitan dengan dan terhadap rahsia perdagangan, paten, hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, pengetahuan, dan hak proprietari lain dalam apa jua jenis di bawah undang-undang mana-mana pihak berkuasa kerajaan, dalam atau luar negara, termasuk yang berkaitan dengan dan terhadap semua penggunaan dan pendaftaran yang berkaitan dengan Perkhidmatan (“Hak Harta Intelek”) hendaklah, antara anda dan Taboola, pada setiap masa menjadi dan kekal sebagai harta tunggal dan eksklusif Taboola. Semua hak semasa dan masa akan datang yang berkaitan dengan dan terhadap Perkhidmatan ini (termasuk hak untuk menggunakan Perkhidmatan dan mana-mana bahagian Perkhidmatan ke atas mana-mana teknologi semasa atau masa akan datang) diuntukkankepada Taboola bagi kegunaan eksklusifnya. Melainkan yang dibenarkan secara khusus oleh TOS, anda tidak boleh menyalin atau menggunakan sebarang Perkhidmatan ini atau mana-mana bahagian daripadanya. Melainkan yang dibenarkan secara khusus di sini, anda tidak boleh menggunakan Hak Harta Intelek atau Perkhidmatan ini, atau nama mana-mana peserta individu dalam, atau penyumbang kepada, Perkhidmatan tersebut, atau sebarang pengubahan atau terbitan daripadanya, bagi sebarang tujuan, tanpa kelulusan bertulis Taboola terlebih dahulu. .
Tanda dagangan. Nama yang digayakan Taboola dan grafik, logo, tanda perkhidmatan serta nama dagangan lain yang berkaitan yang digunakan pada atau berkaitan dengan Perkhidmatan ini adalah tanda dagangan Taboola dan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan pihak ketiga. Tanda dagangan lain, tanda perkhidmatan dan nama dagangan yang mungkin terdapat pada atau dalam Perkhidmatan ini adalah hak milik pemilik masing-masing. Anda tidak akan mengeluarkan, mengubah atau mengaburkan sebarang notis hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan atau notis hak proprietari lain yang digabungkan dalam atau disertakan dalam Perkhidmatan ini.
- Lesen dan Sekatan terhadap Penggunaan
Anda sama sekali tidak memperoleh hak atau lesen dalam atau terhadap Perkhidmatan dan bahan yang terkandung dalam Perkhidmatan ini selain daripada hak terhad untuk menggunakan Perkhidmatan mengikut TOS. Sekiranya anda memilih untuk memuat turun kandungan daripada Perkhidmatan tersebut, anda mesti berbuat demikian mengikut TOS. Muat turun sedemikian dilesenkan kepada anda oleh Taboola SAHAJA bagi kegunaan peribadi anda, bukannya penggunaan komersial menurut TOS dan tidak memindahkan mana-mana hak lain kepada anda.
Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan ini bagi sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang, bagi memudahkan pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan, atau dalam apa-apa cara yang tidak konsisten dengan TOS. Anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan ini semata-mata untuk kegunaan dan manfaat bukan komersial anda sendiri, dan bukan untuk jualan semula atau pemindahan atau pelupusan lain, atau digunakan oleh atau untuk manfaat, mana-mana orang atau entiti lain. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan, memindahkan, mengedar, atau melupuskan mana-mana maklumat yang terkandung dalam Perkhidmatan tersebut dalam sebarang cara yang boleh bersaing dengan perniagaan Taboola atau mana-mana pembekalnya.
Melainkan dibenarkan secara nyata oleh Taboola secara bertulis, anda tidak boleh: menyalin, mengeluarkan semula, menyusun semula, menyahhimpun, memisahkan, kejuruteraan balikan, mengedar, menerbitkan, memaparkan, melaksanakan, mengubah suai, memuat naik ke, mencipta karya terbitan daripada, menghantar, memindahkan, menjual, melesenkan , memuat naik, mengedit hantaran, kerangka, pautan, atau dalam apa jua cara sekali mengeksploitasi mana-mana bahagian Perkhidmatan ini, kecuali anda boleh memuat turun bahan daripada Perkhidmatan dan/atau membuat satu salinan cetakan bagi kegunaan peribadi anda sendiri, bukan komersial, dengan syarat anda mengekalkan semua hak cipta dan notis proprietari lain. Anda tidak boleh menyebarkan semula, mengedar semula atau menerbitkan analisis dan pembentangan yang disertakan dalam Perkhidmatan ini tanpa kebenaran bertulis Taboola terlebih dahulu. Tiada apa-apa yang terkandung dalam TOS atau di laman sesawang ini sepatutnya ditafsirkan sebagai memberikan, secara tersirat, estoppel atau sebaliknya, apa-apa lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Perkhidmatan tersebut dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis daripada Taboola atau pihak ketiga tersebut yang mungkin memiliki Perkhidmatan atau harta intelek yang dipaparkan di laman sesawang ini. PENGGUNAAN, PENYALINAN, PENGELUARAN SEMULA, PENGUBAHSUAIAN, PENERBITAN, PENERBIT SEMULA, MUAT NAIK, MERANGKA, MUAT TURUN, HANTARAN, MENYIARKAN, MENGEDAR, MMENDUPLIKASI ATAU SEBARANG PENYALAHGUNAAN LAIN BAGI MANA-MANA PERKHIDMATAN INI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI. Sebarang penggunaan Perkhidmatan ini selain daripada yang dibenarkan oleh TOS akan melanggar TOS dan mungkin melanggar hak kami atau hak pihak ketiga yang memiliki Perkhidmatan yang terlibat ini. Anda bersetuju untuk melaporkan mana-mana pelanggaran TOS oleh orang lain yang anda ketahui.
Anda tidak boleh mengganggu atau cuba mengganggu atau sebaliknya menggendalakan kerja Perkhidmatan yang sepatutnya, mana-mana aktiviti yang dijalankan pada atau melalui Perkhidmatan ini atau mana-mana pelayan atau rangkaian yang disambungkan kepada Perkhidmatan tersebut. Anda tidak boleh (a) cuba mengakses, mencari atau menggunakan Perkhidmatan (seperti untuk cuba mendapatkan maklumat daripada atau berkenaan Perkhidmatan) melalui penggunaan mana-mana enjin, perisian, alat, ejen, peranti atau mekanisme (termasuk lelabah, pengikis, robot, perangkak, alat perlombongan data atau seumpamanya) selain daripada ( i ) pelayar laman pihak ketiga yang biasanya tersedia yang menyediakan maklumat Ejen Pengguna yang tepat dan lengkap dalam kepala HTTP, seperti Chrome, Safari, Firefox dan Internet Explorer dan (ii) aplikasi kami, (b) cuba mengakses mana-mana API yang mungkin kami sediakan tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada kami serta bersetuju dengan syarat khusus API kami, (c) mengakses Perkhidmatan kami menggunakan apa-apa sahaja yang telah dicipta (atau diubah suai dengan palam atau sebaliknya) dengan cara yang memudahkan akses automatik atau lebih pantas daripada biasa, carian atau penggunaan lain Perkhidmatan, (d) mengabaikan sebarang robots.txt atau fail serupa yang kami gunakan (tetapi sekiranya terdapat konflik antara TOS ini dan fail robots.txt, peruntukan berkaitan yang lebih mengehadkan tindakan anda akan terpakai), atau (e) memaparkan kepada orang lain, mencermin atau merangka Perkhidmatan, atau mana-mana elemen individu dalam Perkhidmatan, kecuali anda boleh menggunakan alat benam yang mungkin kami pilih untuk disediakan secara khusus untuk membenarkan pembenaman aspek Perkhidmatan kami, selaras dengan mana-mana sekatan tambahan yang kami kenakan untuk penggunaan alat tersebut.
Anda tidak boleh memasukkan, mengedar, memuatkan, menghantar, menghantar e-mel, menyiarkan atau sebaliknya menyediakan sebarang kandungan melalui Perkhidmatan ini yang: ( i ) bersifat promosi, termasuk pengiklanan tanpa diminta atau tidak dibenarkan, e-mel remeh, spam atau bentuk penjualan tidak sah yang lain, ( ii) menyalahi undang-undang, berbahaya, kesat, mengganggu, bersifat tort, memfitnah, lucah, cabul, mencemarkan nama, menceroboh privasi orang lain, penuh kebencian, atau perkauman, etnik atau sebaliknya; (iii) menyalahi, menyalahgunakan atau melanggar hak cipta, tanda dagangan, rahsia dagangan, paten, hak moral atau hak harta intelek pihak ketiga, hak publisiti atau privasi pihak ketiga; (iv) melanggar, atau menggalakkan sebarang kelakuan yang akan melanggar, mana-mana keperluan undang-undang; (v) penipuan, pemalsuan, mengelirukan atau memperdaya; (vi) mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer, fail atau program lain yang direka bentuk untuk mengganggu, memusnahkan atau mengehadkan kefungsian mana-mana perisian atau perkakasan komputer, atau peralatan telekomunikasi; (vii) membahayakan kanak-kanak bawah umur; atau (viii) membentuk maklumat pengenalan peribadi mana-mana orang lain yang orang itu tidak membenarkan anda untuk mendedahkannya.
Anda tidak boleh melanggar keselamatan Perkhidmatan ini, cuba menyiasat, mengimbas atau menguji kelemahan Perkhidmatan tersebut atau melanggar mana-mana langkah keselamatan atau pengesahan, atau cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada Perkhidmatan, data, bahan, maklumat, sistem komputer atau rangkaian yang disambungkan kepada mana-mana pelayan yang dikaitkan dengan Perkhidmatan ini, melalui penggodaman, pemasaan kata laluan atau sebarang cara yang lain. Anda tidak boleh menggunakan atau cuba menggunakan mana-mana “pengikis,” “robot,” “bot,” “lelabah,” “perlombongan data,” “kod komputer,” atau mana-mana peranti automatik lain, program, alat, algoritma, proses atau metodologi untuk mengakses, memperoleh, menyalin, atau memantau mana-mana bahagian Perkhidmatan ini, apa-apa data atau kandungan yang ditemui pada atau diakses melalui Perkhidmatan tersebut, atau sebarang maklumat Perkhidmatan lain tanpa kebenaran bertulis daripada Taboola terlebih dahulu. Anda tidak boleh mengganggu, atau cuba mengganggu, akses mana-mana pengguna, hos atau rangkaian, termasuk, tanpa had, dengan menghantar virus, pembebanan, pembanjiran, menghantar spam, atau pengeboman e-mel Perkhidmatan. Anda tidak boleh Mengakses Perkhidmatan sekiranya kami telah meminta anda agar tidak mengaksesnya.
- Perubahan dalam Perkhidmatan
Kami berhak untuk mengubah dan menambah baik ciri dan kefungsian Perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan mengikut budi bicara kami sendiri. Ini termasuk menambah, mengubah suai atau mengeluarkan ciri dan kefungsian tertentu Perkhidmatan tersebut, atau mengemas kini Apl kami atau perisian Perkhidmatan lain (termasuk secara jauh). TOS akan terpakai pada versi Perkhidmatan yang diubah. Selain itu, kami berhak untuk menggantung atau menghentikan Perkhidmatan sama sekali atas apa-apa sebab atau tanpa sebab, tanpa notis, pada bila-bila masa, dan tanpa liabiliti terhadap anda.
- Kandungan Pihak Ketiga dan Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Sekiranya pada bila-bila masa Perkhidmatan ini mengandungi pautan ke lama sesawang, sumber dan pengiklan pihak ketiga (secara kolektif, “Kandungan Terpaut”). Taboola tidak mengawal, menyokong, menaja, menyarankan atau sebaliknya menerima tanggungjawab untuk mana-mana Kandungan Terpaut ini. Disebabkan kami tidak bertanggungjawab ke atas ketersediaan sumber luar ini, atau kandungannya malahan amalan privasinya, anda harus mengarahkan sebarang kebimbangan mengenai mana-mana Kandungan Terpaut itu ke laman tersebut.
- Yuran dan Bayaran
Taboola News berhak pada bila-bila masa untuk mengenakan bayaran bagi akses kepada sebahagian Perkhidmatan atau Perkhidmatan secara keseluruhan.
Sekiranya pada bila-bila masa Taboola memerlukan bayaran untuk sebahagian daripada Perkhidmatan atau Perkhidmatan secara keseluruhan, Taboola mungkin memerlukan anda mendaftar dan mencipta akaun. Keputusan untuk memberikan maklumat yang diperlukan untuk mencipta akaun adalah secara sukarela dan pilihan; namun demikian, jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat sedemikian, anda tidak akan dapat mengakses kandungan tertentu atau menyertai bahagian atau ciri tertentu laman ini. Anda hendaklah membayar semua yuran dan caj yang ditanggung melalui akaun anda pada kadar yang berkuat kuasa bagi tempoh pengebilan di mana yuran dan caj tersebut ditanggung, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj bagi sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk dijual melalui Perkhidmatan ini oleh Taboola atau oleh mana-mana penjual atau pembekal perkhidmatan lain. Semua yuran dan caj akan dibilkan kepada anda, dan anda akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk pembayaran tersebut. Anda hendaklah membayar semua cukai berkenaan yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan tersebut melalui akaun anda, serta pembelian sebarang produk atau perkhidmatan lain.
- Dasar Privasi
Anda bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pengendalian maklumat lain yang diterangkan dalam Dasar Privasi kami yang terdapat di sini, yang mungkin dikemas kini oleh kami dari semasa ke semasa.
- Notis Akta Kesopanan Komunikasi
Perlindungan kawalan ibu bapa yang tersedia secara komersial (seperti perkakasan komputer, perisian atau perkhidmatan penapisan) boleh membantu anda mengehadkan akses kepada bahan di Internet yang membahayakan kanak-kanak di bawah umur. Penyedia semasa perlindungan sedemikian termasuk McAfee dan Symantec, serta yang lain yang boleh didapati melalui carian Google. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mencipta alat kawalan ibu bapa ini, kami belum menguji atau menilainya serta kami tidak menyokongnya. Sebarang penggunaan alat sedemikian adalah atas risiko anda sendiri. Anda tidak sepatutnya menganggap bahawa ini atau mana-mana perlindungan kawalan ibu bapa pihak ketiga yang lain akan berfungsi dengan baik atau sama sekali berkaitan dengan Perkhidmatan ini.
- Notis Akta Hak Cipta Milenium Digital
Kami komited dalam mematuhi hak cipta AS dan undang-undang yang berkaitan, dan kami memerlukan semua pengguna Perkhidmatan ini untuk mematuhi undang-undang ini. Maka, pengguna kami (termasuk anda) tidak boleh menyebarkan sebarang bahan atau kandungan dengan menggunakan Perkhidmatan ini dalam apa-apa cara yang merupakan pelanggaran hak harta intelek pihak ketiga, termasuk hak yang diberikan oleh undang-undang hak cipta AS. Pemilik karya berhak cipta yang percaya bahawa hak mereka di bawah undang-undang hak cipta AS telah dilanggar boleh menggunakan peluang daripada peruntukan tertentu Akta Hak Cipta Milenium Digital 1998 (“DMCA”) untuk melaporkan dakwaan pelanggaran. Adalah menjadi dasar kami yang selaras dengan DMCA dan undang-undang lain yang terpakai untuk menguntukkan hak untuk penamatan hak mana-mana pengguna untuk mengakses Perkhidmatan ini jika mana-mana pengguna tersebut sama ada didapati melanggar hak cipta pihak ketiga atau hak harta intelek lain, termasuk pelanggar yang berulang-ulang, atau sesiapa yang kami percaya, mengikut budi bicara kami, melanggar hak ini. Setelah kami menerima notis pelanggaran yang dituntut di bawah DMCA, kami akan bertindak balas dengan pantas untuk mengeluarkan, atau melumpuhkan akses kepada, bahan yang didakwa melanggar dan akan mengikut prosedur yang dinyatakan dalam DMCA untuk menyelesaikan tuntutan antara pihak yang memaklumkan dan pelanggar yang didakwa memberikan kandungan dalam isu tersebut. Ejen kami yang ditetapkan (iaitu, pihak yang sepatutnya) yang anda sepatutnya kemukakan notis tersebut ialah: taboola-news-support@taboola.com
Jika anda percaya bahawa kandungan yang anda atau pihak ketiga miliki telah digunakan melalui Perkhidmatan ini dengan cara yang melanggar hak cipta anda atau orang lain atau hak harta intelek yang lain, sila berikan maklumat berikut kepada kami:
tandatangan elektronik atau fizikal orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta atau kepentingan harta intelek lain;
butiran karya berhak cipta atau harta intelek lain yang anda dakwa telah dilanggar; butiran tempat bahan yang anda dakwa dilanggar ditempatkan; alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda;
pernyataan oleh anda bahawa anda mempunyai kepercayaan yang baik bahawa penggunaan yang dipertikaikan tidak dibenarkan oleh hak cipta atau pemilik harta intelek, ejennya, atau undang-undang; dan
pernyataan oleh anda, yang dibuat di bawah penalti sumpah bohong, bahawa maklumat yang terkandung dalam laporan anda adalah tepat dan bahawa anda adalah pemilik hak cipta atau harta intelek atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta atau harta intelek itu.
Sekiranya anda menyerahkan notis pelanggaran yang secara sengaja memberikan gambaran yang salah tentang sebarang kandungan, maklumat atau komunikasi terhadap Perkhidmatan yang melanggar hak cipta, anda mungkin dipertanggungjawabkan atas ganti rugi dan yuran peguam. Jika anda percaya bahawa kandungan, maklumat atau komunikasi anda telah dikeluarkan daripada laman disebabkan tuntutan pelanggaran yang salah, anda mungkin mempunyai remedi yang tersedia untuk anda di bawah DMCA.
- Ganti rugi
Anda bersetuju, atas perbelanjaan anda sendiri, untuk membayar ganti rugi dan tidak memudaratkan Taboola, Kumpulan Korporat Taboola serta ejen, rakan kongsi, pekerja, kontraktor dan pengiklan mereka, daripada dan terhadap sebarang kerosakan, kerugian, kos, penyelesaian, perbelanjaan dan pembayaran, termasuk yuran peguam yang munasabah dan perbelanjaan undang-undang, yang timbul daripada sebarang aduan, tuntutan, permintaan atau liabiliti pihak ketiga yang timbul daripada atau berkaitan dengan tindakan atau pengabaian anda berhubung dengan Perkhidmatan ini, pelanggaran TOS ini, atau pelanggaran anda terhadap mana-mana undang-undang atau hak pihak ketiga. Anda bersetuju untuk membayar mana-mana dan semua kos, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yuran dan kos peguam yang munasabah yang diberikan terhadap atau sebaliknya ditanggung oleh atau berkaitan dengan atau timbul daripada sebarang tuntutan, saman, tindakan atau prosidingyang boleh dikaitkan dengan sebarang tuntutan sedemikian. Taboola berhak, atas perbelanjaannya sendiri, untuk mengambil alih pembelaan dan kawalan eksklusif bagi apa-apa perkara sekiranya tidak tertakluk kepada ganti rugi oleh anda, sekiranya anda akan bekerjasama sepenuhnya dengan Taboola dalam menegaskan sebarang pembelaan yang tersedia. Anda mengakui dan bersetuju untuk membayar yuran peguam Taboola yang munasabah yang ditanggung berkaitan dengan mana-mana dan semua tindakan undang-undang yang dibawa terhadap anda oleh Taboola di bawah TOS dan mana-mana terma dan syarat perkhidmatan lain di laman sesawang ini, termasuk tanpa had, tindakan undang-undang yang timbul daripada kegagalan anda untuk membayar ganti rugi Taboola menurut TOS. Ahli Kumpulan Korporat Taboola, serta ejen, rakan kongsi, pekerja, kontraktor dan pengiklan mereka dan Taboola, adalah penerima manfaat pihak ketiga perenggan ini.
- Penafian Perwakilan dan Waranti
BAHAGIAN PENAFIAN INI MERUPAKAN BAHAGIAN PENTING DALAM PERJANJIAN INI.
PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ANDA ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. PERKHIDMATAN INI DISEDIAKAN ATAS DASAR “SEBAGAIMANA ADANYA” DAN “SEBAGAIMANA TERSEDIA”. KAMI MENAFIKAN SEMUA WARANTI DAN PERWAKILAN, SAMA ADA NYATA ATAU TERSIRAT, BERKENAAN PERKHIDMATAN, TERMASUK, TANPA HAD, SEBARANG WARANTI (1) KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU, (2) KANDUNGAN MAKLUMAT ATAU KETEPATAN, (3) TIADA PELANGGARAN, , (4) PRESTASI, (5) HAK MILIK, (6) BAHAWA PERKHIDMATAN AKAN BEROPERASI DENGAN BEBAS RALAT, TEPAT PADA MASANYA, SELAMAT ATAU TANPA GANGGUAN, SEMASA DAN TERKINI DAN MENGGAMBARKAN SEGALANYA SECARA TEPAT, ATAU BEBAS VIRUS ATAU KOMPONEN BERBAHAYA YANG LAIN, (7) BAHAWA SEBARANG KECACATAN ATAU RALAT DALAM PERKHIDMATAN AKAN DIBETULKAN, (8) BAHAWA PERKHIDMATAN ITU SERASI DENGAN MANA-MANA PERKAKASAN ATAU PLATFORM PERISIAN TERTENTU, ATAU (9) KAMI AKAN MENGUATKUASAKAN TOS TERHADAP YANG LAIN UNTUK KEPUASAN ANDA. USAHA OLEH TABOOLA UNTUK MENGUBAH SUAI PERKHIDMATAN INI TIDAK AKAN DIANGGAP PENEPIAN TERHADAP HAD INI ATAU MANA-MANA PERUNTUKAN LAIN DARI TOS. Sesetengah bidang kuasa mengehadkan atau tidak membenarkan penafian jaminan tersirat, dan akibatnya sebahagian atau semua bahagian ini mungkin tidak terpakai kepada anda. Dalam kes di mana undang-undang tersebut terpakai, waranti akan diketepikan hanya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
- Had Liabiliti
DALAM APA JUA KEADAAN TABOOLA, KUMPULAN KORPORAT TABOOLA ATAU PEGAWAI, PENGARAH, EJEN, PEKERJA, WAKIL, UNIT OPERASI DALAMAN, ANGGOTA GABUNGAN, IBU BAPA, SYARIKAT SUBSIDIARI, PEKERJA SUBLISEN, PENGGANTI JAWATAN DAN PENERIMA, KONTRAKTOR BEBAS DAN PIHAK BERKAITAN (SECARA KOLEKTIF, DENGAN TABOOLA, DAN KUMPULAN KORPORAT TABOOLA, “ENTITI TABOOLA”) BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK KETIGA ATAS SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PENGGUNAAN, KEHILANGAN DATA, GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS ATAU BERBANGKIT ATAU DALAM APA-APA CARA YANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ATAU DENGAN KELEWATAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TERSEBUT, ATAU UNTUK SEBARANG PELANGGARAN KESELAMATAN, ATAU UNTUK MANA-MANA KANDUNGAN, PRODUK DAN PERKHIDMATAN YANG DIPEROLEH MELALUI ATAU DILIHAT PADA PERKHIDMATAN ITU, PENGGUNAAN YANG SAMA, SAMA ADA BERDASARKAN KONTRAK, TORT, LIABILITI KETAT, PERATURAN, COMMON LAW DULUAN ATAU SEBAIKNYA, WALAUPUN ENTITI TABOOLA TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN DAN DAN WALAUPUN KEROSAKAN TERSEBUT TIMBUL DARIPADA KECUAIAN ATAU KECUAIAN KASAR MANA-MANA ENTITI TABOOLA. DALAM APA JUA LIABILITI AGREGAT ENTITI TABOOLA BAGI SEMUA TUNTUTAN YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN YANG MELEBIHI SERATUS DOLLAR AS (AS $100.00). PENAFIAN TAMBAHAN OLEH TABOOLA YANG TIMBUL DALAM PERKHIDMATAN DAN DIGABUNGKAN DI SINI DENGAN RUJUKAN. SETAKAT MANA PENAFIAN TERSEBUT MELETAKKAN SEKATAN YANG LEBIH BESAR KE ATAS PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ANDA ATAU BAHAN YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA, SEKATAN LEBIH BESAR TERSEBUT AKAN DIKENAKAN. Sesetengah bidang kuasa menyekat atau tidak membenarkan pengehadan liabiliti dalam kontrak, dan akibatnya kandungan bahagian ini mungkin tidak terpakai kepada anda. Dalam kes di mana undang-undang tersebut terpakai, liabiliti Entiti Taboola hendaklah dihadkan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
DENGAN MENGAKSES LAMAN INI, ANDA MEMAHAMI BAHAWA ANDA MUNGKIN MENGETEPIKAN HAK BERKENAAN DENGAN TUNTUTAN YANG PADA MASA INI TIDAK DIKENALI ATAU TIDAK DISYAKI, DAN SELARAS DENGAN PENGECUALIAN TERSEBUT, ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI DENGAN TELITI, DAN DENGAN NYATA, MENGETEPIKAN MANFAAT SEKSYEN 1542 KANUN SIVIL CALIFORNIA, DAN MANA-MANA UNDANG-UNDANG SERUPA DI MANA-MANA NEGERI ATAU WILAYAH, YANG MENYATAKAN SEPERTI BERIKUT:
“SATU PELEPASAN AM TIDAK MELIPUTI TUNTUTAN YANG PEMIUTANG TIDAK TAHU ATAU DISYAKI WUJUD UNTUK KEBAIKANNYA PADA MASA MELAKSANAKAN PELEPASAN, YANG JIKA DIKETAHUI OLEHNYA TELAH MEMPENGARUHI SECARA MATERIAL PENYELESAIANNYA DENGAN PENGHUTANG.”
Anda dengan ini mengetepikan mana-mana dan semua hak yang anda ada atau mungkin ada di bawah Kod Sivil California Seksyen 1542, dan/atau mana-mana peruntukan undang-undang atau statut pengganti yang serupa dengannya, berkenaan dengan mana-mana tuntutan yang mungkin anda ada berkaitan dengan laman ini atau TOS ini. Sehubungan dengan penepian dan pelepasan ini, anda mengakui bahawa anda sedar bahawa anda mungkin akan menemui dakwaan yang tidak diketahui atau tidak disyaki pada masa ini, atau fakta sebagai tambahan atau berbeza daripada yang anda ketahui atau percayai sebagai benar. Namun demikian, anda berhasrat melalui TOS ini untuk melepaskan sepenuhnya, akhirnya dan selama-lamanya semua perkara sedemikian di bawah TOS in.i Bagi meneruskan hasrat tersebut, perlepasan yang dinyatakan dalam TOS ini hendaklah dan akan kekal berkuat kuasa sebagai pelepasan penuh dan lengkap walaupun terdapat terdapatnya atau kewujudan daripada sebarang tuntutan atau fakta tambahan atau berbeza yang berkaitan dengannya.
Jika anda seorang penduduk New Jersey, seksyen ini tidak terpakai untuk menghalang hak untuk mendapatkan ganti rugi tertentu (termasuk ganti rugi punitif) di mana orang yang dicederakan membuktikan dengan bukti yang diperlukan bahawa kemudaratan yang dialami adalah hasil daripada “tindakan atau pengabaian defendan serta tindakan atau pengabaian sedemikian telah didorong oleh niat jahat yang sebenar atau disertai dengan pengabaian secara sewenang-wenang dan sengaja terhadap orang yang boleh dijangka akan terdedah kepada bahaya oleh perbuatan atau pengabaian tersebut.” Demikian juga, seksyen ini tidak mengehadkan liabiliti tort Taboola di bawah undang-undang New Jersey akibat daripada kelakuan Taboola yang disengajakan atau melulu.
- Undang-undang yang Mentadbir
TOS akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Amerika Syarikat dan Negeri New York, tanpa memberi kesan terhadap prinsip konflik undang-undang tersebut. Berkenaan dengan sebarang pertikaian atau tuntutan yang tidak tertakluk kepada timbang tara, anda bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa peribadi mahkamah negeri dan persekutuan yang terletak di New York County di Negeri New York berkenaan dengan mana-mana prosiding undang-undang yang mungkin timbul berkaitan dengan Perkhidmatan atau daripada pertikaian mengenai tafsiran atau pelanggaran TOS.
- Timbangtara
Dengan menggunakan laman ini dalam apa jua cara, anda bersetuju tanpa syarat dan bersetuju bahawa: (1) sebarang tuntutan, pertikaian atau kontroversi (sama ada dalam kontrak, tort atau sebaliknya) yang mungkin anda ada terhadap Taboola dan/atau Entiti Taboola yang timbul daripada, berkaitan kepada, atau berhubung dalam apa jua cara dengan laman sesawang atau penentuan skop atau kebolehgunaan perjanjian ini untuk timbang tara, akan diselesaikan secara eksklusif oleh timbang tara muktamad dan mengikat yang ditadbir oleh JAMS dan dilaksanakan di hadapan penimbang tara tunggal mengikut peraturan JAMS; (2) perjanjian timbang tara ini dibuat menurut urus niaga yang melibatkan perdagangan antara negeri, dan hendaklah dikawal oleh Akta Timbang Tara Persekutuan (“FAA”), 9 USC §§ 1-16; (3) timbang tara hendaklah diadakan di New York City, New York; (4) keputusan penimbang tara hendaklah dikawal oleh terma dan syarat TOS ini dan mana-mana perjanjian lain yang dirujuk di sini yang mungkin telah dibuat oleh pengguna berkenaan berkaitan dengan laman sesawang; (5) penimbang tara hendaklah menggunakan undang-undang New York yang selaras dengan FAA dan statut had yang terpakai, dan hendaklah menghormati tuntutan keistimewaan yang diiktiraf di sisi undang-undang; (6) tidak akan ada kuasa untuk mana-mana tuntutan untuk ditimbangtara atas dasar kelas atau perwakilan, timbang tara boleh memutuskan hanya tuntutan individu anda dan/atau Entiti Taboola yang berkenaan, dan penimbang tara tidak boleh menggabungkan atau menyertai tuntutan orang lain atau pihak yang mungkin dalam keadaan yang sama; (7) penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk memberikan ganti rugi punitif terhadap anda atau mana-mana Entiti Taboola; (8) sekiranya yuran pentadbiran dan deposit yang mesti dibayar untuk memulakan timbang tara terhadap mana-mana Entiti Taboola melebihi $125 USD, dan anda tidak dapat (atau tidak dikehendaki di bawah peraturan JAMS) untuk membayar sebarang yuran dan deposit yang melebihi ini jumlah, Taboola bersetuju untuk membayarnya dan/atau meneruskannya bagi pihak anda, tertakluk kepada peruntukan muktamad oleh penimbang tara. Di samping itu, sekiranya anda dapat menunjukkan bahawa kos timbang tara adalah terlalu tinggi berbanding kos litigasi, Taboola akan membayar sebanyak mana yuran pemfailan dan dengaran anda berkaitan dengan timbang tara sebagaimana yang difikirkan perlu oleh penimbang tara untuk mencegah kos timbang tara daripada menjadikos larangan; dan (9) kecuali subbahagian (6) di atas, jika mana-mana bahagian peruntukan timbang tara ini dianggap tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau menyalahi undang-undang, atau sebaliknya bercanggah dengan peraturan JAMS, maka baki peruntukan timbang tara ini tetap berkuat kuasa dan hendaklah ditafsirkan mengikut termanya seolah-olah peruntukan yang tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan, menyalahi undang-undang atau bercanggah tidak terkandung di sini. Namun demikian, jika subsekyen (6) didapati tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau menyalahi undang-undang, maka keseluruhan Peruntukan Timbang Tara ini adalah terbatal dan tidak sah, dan anda mahupun Taboola tidak berhak untuk menimbang tara pertikaian mereka. Untuk maklumat lanjut tentang JAMS dan/atau peraturan JAMS, lawati laman sesawang mereka di www.jamsadr.com .
- Statut Had
Anda bersetuju bahawa tanpa mengira mana-mana statut atau undang-undang yang bertentangan, sebarang tuntutan yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perkhidmatan mesti dimulakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas punca tindakan terakru. Jika tidak, sebab tindakan sedemikian disekat secara kekal.
- Lain-lain
TOS ini membentuk keseluruhan persefahaman dan perjanjian eksklusif antara kami dan anda berkenaan Perkhidmatan, dan TOS ini menggantikan dan mengambil tempat mana-mana dan semua persefahaman atau perjanjian lisan atau bertulis terdahulu antara kami dan anda berkenaan topik tersebut. Jika kami gagal menguatkuasakan mana-mana bahagian TOS ini, ia tidak akan dianggap sebagai penepian. Sebarang pindaan atau penepian TOS ini oleh kami mesti dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh kami. Sekiranya mana-mana peruntukan TOS ini (atau sebahagian daripada peruntukan tersebut) didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten, maka peruntukan itu (atau sebahagian daripada peruntukan itu) akan dianggap boleh diasingkan daripada TOS dan tidak akan menjejaskan kesahihanserta kebolehkuatkuasaan mana-mana peruntukan yang tinggal — klausa yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan (sebahagian daripada) akan digantikan dengan klausa yang sah dan/atau boleh dikuatkuasakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, (sebahagian daripada) klausa yang hampir dengan tujuan pihak-pihak seboleh mungkin. Semua hak dan kewajipan kami di bawah TOS ini (termasuk mana-mana hak lesen) boleh diserahkan secara bebas oleh kami berkaitan dengan penggabungan, pemerolehan, atau penjualan aset, atau melalui operasi undang-undang atau sebaliknya. Tiada apa-apa dalam TOS ini akan menghalang kami daripada mematuhi undang-undang. Kami mengekalkan semua hak yang tidak diberikan secara nyata kepada anda.
- Soalan
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkenaan TOS ini, anda boleh hubungi kami di taboola-news-support@taboola.com .